Monday, 4 September 2017

Kepentingan mempelajari dan memahami ilmu psikolinguistik dalam pengajaran bahasa

Psikolinguistik merupakan suatu disiplin ilmu yang bertujuan mencari satu teori bahasa yang secara linguistik boleh diterima dan secara psikologi dapat menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya. Dengan kata lain, psikolinguistik menerangkan hakikat struktur bahasa, bagaimana struktur ini diperoleh, digunakan pada waktu bertutur dan pada waktu memahami perkataan-perkataan dalam pertuturan itu. Mempelajari ilmu psikolinguistik akan dapat membantu menyelesaikan permasalahan kompleks manusia dalam pembelajaran berbahasa. Selain daripada permasalahan tentang bahasa, kegiatan bahasa juga mampu diselesaikan melalui psikolinguistik kerana bahasa bukan berlangsung seacara mekanistik tetapi juga secara mentalistik.
Dalam pengajaran bahasa, perlu diterapkan pelbagai disiplin ilmu di samping ilmu linguistik terapan. Mengingat juga berbagai persoalan yang timbul dalam pengajaran bahasa baik dari segi proses belajar-mengajar dan hal-hal yang berhubungan dengan pengajaran bahasa yang lain. Persoalan dalam pengajaran bahasa menjadi masalah atau hal yang berat. Hal ini kerana dapat memberikan ruang kepada peserta atau pelajar agar dapat berbahasa dengan baik dan benar. Bagi mencapai keberhasilan dalam pengajaran bahasa, perlulah guru mahu pun calon guru berupaya dengan menerapkan pelbagai ilmu pendukung bahaspSalah satu ilmu yang berhubungan dengan bahasa mahu pun menunjang pengajaran bahasa adalah psikolinguistik.
Kurikulum berkembang sesuai dengan perubahan dan perkembangan SDM (sumber daya manusia). Menurut Dubin dan Olshtain yang dikutip oleh Djunaidi (1987:54) “kurikulum berisi deskripsi secara luas mengenai tujuan – tujuan umum dengan menunjukan filsafat pendidikan dan budaya secara keseluruhan yang diterapkan untuk berbagai bidang studi, dalam hubungan ini, disertai landasan teori tentang bahasa dan belajar bahas”. Psikolinguistik di implementasikan pada mata pelajaran yang tercermin dalam butir – butir kurikulum tersebut. Contohnya mata pelajaran pada aspek memerhati dan berbicara,yang manakah yang harus didahulukan?. Tentunya pada aspek pemerhatian harus didahulukan baru kemudian pada aspek berbicara jika dilihat dari kaca mata psikolinguistik. Sebab ketika bayi dilahirkan, kemampuan keterampilan berbahasa pada aspek memerhati, yang dalam kegiatannya memerlukan waktu yang lebih banyak. Jadi, jelaslah bahawa kesan kepada pemerhatian ini akan di anggap sebagai manifestasi pertama dalam keterampilan berbahasa.
Bagi pengajaran bahasa yang berteraskan prinsip pembentukan biasaan berbahasa pula, fokus pengajaran seharusnya ke arah melatih para pelajar kepada bahasa kedua untuk berbahasa sebagaimana penutur natif berbahasa. Dengan kata lain, di samping aspek nahu, keseluruhan korpus lakuan bahasa, termasuklah aspek ketepatan dalam memberikan gerak balas bahasa bersesuaian dengan situasi, sapaan yang paling bersesuaian dengan sesuatu keperihalan keadaan, kesusilaan dalam berbahasa dan juga aspek-aspek yang berkaitan dengan taboo atau kekangan moral dalam berbahasa, semuanya harus dipelajari dan dikuasai. Kesemua aspek kebahasaan ini tidak boleh diagak-agak atau direka-reka, tetapi mesti digunakan sebagaimana yang digunakan oleh penutur natif semasa mereka berbahasa. Jika tidak, bahasa berkemungkinan besar tidak akan dapat berperanan sebagai alat penyampai atau penghubung silaturrahim secara berkesan.
Pandangan ini membayangkan kepada kita bahawa menurut disiplin psikolinguistik pemboleh ubah bangsa atau aspek kenatifan merupakan pemboleh ubah yang penting yang harus dikenal pasti kesannya ke atas sesuatu program pendidikan bahasa. Hal ini membawa maksud, para pelajar Melayu dan bukan Melayu melalui proses penguasaan pengetahuan bahasa Melayu dengan cara berbeza. Para pelajar Melayu akan menguasai kemahiran berbahasa Melayu secara lisan dengan agak sempurna apabila mereka mencecah umur lima tahun, iaitu sebelum mereka memulakan peroses pendidikan formal. Bagi para pelajar bukan Melayu pula, sebahagian daripada mereka hanya akan mula diperkenalkan dengan sistem bahasa Melayu bila mereka mencecah umur lima tahun atau mungkin lebih lambat, iaitu selepas mereka memasuki tadika atau darjah satu. Para pelajar Melayu akan menguasai pengetahuan bahasa Melayu secara tidak formal, manakala para pelajar bukan Melayu sebahagian besarnya terpaksa menguasai pengetahuan bahasa Melayu menerusi sistem pendidikan formal.
Kesimpulanya, pelbagai pandangan yang telah dikemukakan dan memberikan bayangan kepada kita bahawa untuk menjamin kejayaan sesuatu program pendidikan bahasa, program tersebut mestilah dirancang dan dilaksana dengan teliti. Dalam proses perancangan dan pelaksanaan, teori dan dapatan kajian daripada bidang psikolinguistik dapat memberikan sumbangan yang besar dan bermakna bagi menjamin kejayaan sesuatu program pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Pelbagai masalah kebahasaan yang menghantui kita sekarang dapat dielakkan atau diselesaikan.

No comments:

Post a Comment